Skip to content
Site Tools
Narrow screen resolution Wide screen resolution Auto adjust screen size Increase font size Decrease font size Default font size default color blue color green color

TABUNG BENCANA KEMENTERIAN LUAR NEGERI (TBKLN)

 

Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957. Ia bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan ke luar negera melalui sumbangan daripada orang awam di Malaysia untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang dilanda bencana di luar negara (sama ada bencana semula jadi atau akibat daripada perbuatan manusia). Akaun Amanah ini ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Tabung Bencana KLN yang membuat keputusan berhubung tatacara penerimaan dan penggunaan dana tabung ini.


Sehubungan dengan ini, Kementerian Luar Negeri (KLN) mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia yang boleh disalurkan kepada TBKLN melalui kaedah-kaedah berikut:


1.    CEK

Cek berpalang di atas nama “Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri” dan dialamatkan kepada:

Ketua Akauntan
Kementerian Luar Negeri
Tingkat 2, Bangunan WP2
No. 1 Jalan Wisma Putra
62602 PUTRAJAYA.
Tel : 03- 88874251 @ 03- 88874120
(u.p : TBKLN)


2.    PEMINDAHAN TERUS KE AKAUN BANK TBKLN (ONLINE BANK TRANSFER)

 

Nama Akaun     : Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri
Bank               : Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya
No. Akaun       : 1054 9000 0599

3.    TUNAI

 

Sumbangan tunai boleh disalurkan secara terus atau diletakkan di dalam sampul surat (nyatakan TBKLN, nama penuh dan alamat lengkap pengirim di muka hadapan sampul surat berkenaan) ke dalam kotak TBKLN yang terletak bersebelahan dengan Seksyen Konsular di Wisma Putra, Putrajaya dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur.